Tuesday 12 July 2011

~~SI GEMUK DAN SI KURUS~~

 



 Kat cni adalah sedikit cerkon ( cerita kontot ) aku nk kongsi wat ilangkan tension...

Tersebutlah kisah pada 31 Ogos 1957 lahirlah 2 orang bayi yg sgt comel.Walaupon dalam buku sejarah tidak pernah tercatat tentang kelahiran 2 orang bayi ini tapi bagi penduduk kampung dan juga pihak hospital mereka sangat berbangga.Bayi ini dilahirkan ketika Tunku Abdul Rahman sedang melaungkan Merdeka!Merdeka!Merdeka!Ketika itu jugalah kedua-dua ibu mereka melaungkan Merdeka!Merdeka!Merdeka! Kesakitan yang dialami oleh kedua ibu muda itu terus hilang ketika mereka meraung merdeka. Doktor dan Nurse juga terkejut tetapi turut melaungkan merdeka.

Dengan itu,ibu-ibu bayi itu menjadi rapat dan secara tidak langsung juga bayi itu membesar bersama.Ibu dan bapa bayi itu membuat keputusan untuk menyekolahkan anak mereka di satu sekolah dan setiap tahun mereka membuat permintaaan dari guru besar agar anak mereka ditempatkan di dalam satu kelas,satu rumah sukan,satu permainan kokurikulum,semuanya sama.

Sudah menjadi kebiasaan,guru-guru di situ juga tahu jika ada sebarang aktiviti mereka akan meletakkan si Gemuk dan si Kurus di dalam satu kumpulan.Mereka berdua dah sinonim dengan nama kembar tak seiras. Lebih-lebih lagi ketika mereka dilahirkan sengaja ibubapa mereka memberikan nama yang seakan-akan serupa bunyinya iaitu si Gemuk dinamakan Amir dan si Kurus dinamakan Amin.

Arakian mereka berdua  terlalulah rapat,ke sekolah bersama,balik bersama. Habis sekolah pun bermain bersama. Cuma waktu tidur dan makan sahaja mereka pulang ke rumah masing-masing. Sehinggalah mereka habis belajar di sekolah menengah.

Amir tetap dengan keadaan dirinya,gemuk dan Amin juga tetap seperti dulu,kurus. Jika mereka berjalan dan berdiri mereka kelihatan seperti nombor sepuluh. Bila dah meningkat dewasa, anak-anak gadis di situ suka mengusik mereka berdua. Namun Amin selalu mendapat perhatian kerana tubuh badannya yang kurus dan tidak melampau. Bukan Amir tidak kacak tetapi bentuk tubuhnya yang bulat dan besar membuatkan dia selalu diperli.

``Amir, tengok tu comelkan khairiah tu? Tengok tu dia pandang kat kitalah.``Beritahu Amin.
``Dia bukan pandang kat kita,dia pandang kat kaulah Min.``Kata Amir.
``Taklah.Dia pandang kat kau ,kau kan comel.``Kata Amin.
``Yelah,aku comel sangatlah. Aku tahu kau pun nak kata aku gemuk kan. Dorang pandang-pandang kat kita,lepas tu gelak-gelakkan aku sebab aku gemuk. Tak sepadan jalan dengan kau. Kau pun nak cakap macam tu selama ni kan``? Amir marah.

Amin terdiam,melihat sahabat baiknya memarahinya. Amir bangun dari kerusinya dan terus pergi. Amin termangu dan berkerut. Dia berfikir apa perkataan atau kata yang membuatkan Amir tersinggung. Rasanya dia yang sudah berkawan rapat atau boleh dipanggil seperti adik-beradik itu langsung tidak berniat untuk menyinggung hati Amir.

Amir terus melangkah dan melangkah. Perasaan amarah tidak dapat dibendung lagi. Dia puas hati dapat meluahkan perasaannya selama ini. Selama ini dia pendam hatinya,dia diam. Amir tahu ramai yang mengata dan mengutuk akan dirinya. Amir rasa begitu sedih. Dia sepatutnya dari dulu lagi jadi seperti Amin...kurus dan pasti diminati ramai.

Amin pula kecewa dengan sikap Amir. Selama ini dia sikit pun tak pernah mengata Amir gemuk,walaupun dalam hati. Dia kecewa kerana Amir sangsi dengan ketulusan hatinya bersahabat dan menganggap Amir seperti saudara kandungnya.Sedangkan selama ini mereka berdua baik sahaja.

Sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa,masing-masing tidak mahu mengalah atau memulakan mengucap maaf. Puas sudah ibu bapa  dan kawan-kawan memujuk mereka. Amir dan Amin rimas dengan keadaan itu. Jadi mereka membawa diri masing-masing.Amin dan Amir ingin merantau dan membawa diri. Hanya keleuarga mereka menjadi perantara mereka.

``Mak, beritahu Amin. Amir nak pergi jauh jumpa dalam setahun lagi.`` Kata Amir.
``Oooowh! Dia sorang je boleh pergi. Beritahu Amir, Amin pun akan pergi jauh. Jumpa dalam masa setahun dari sekarang.`` Kata Amin agar ibunya menyampaikan kepada Amir.

Bermula kisah hidup mereka yang terpisah jauh setelah sekian lama mereka berdua yang tak pernah berpisah bagaikan belangkas. Masing-masing rasa berat hati kerana terasa bagaikan lumpuh sebelah diri.
Namun mereka teruskan hidup juga tanpa si Gemuk dan si Kurus.

Masing-masing mempunyai ego masing-masing dan tidak mahu beralah sehingga setahun berlalu.

``Dah lama benar tidak jumpa dengan Amir,apa khabarlah dengan dia? Pasti Amir rindu kat aku sebab aku selalu rindu kat Amir. Mmm... harap-harap tali persaudaraan anatara aku dan dia akan bersambung kembali.`` Amin berkata sendiri.

Di rumah ahli keleuarga Amin dan Amir yang sudah bersiap sedia untuk menanti kepulangan Amin dan Amir. Masing-masing tak sabar untuk mencantumkan kembali hubungan yang sudah retak. Mereka berjanji tidak akn membiarkan si Kurus dan si Gemuk berpisah lagi.

``Hah! Tu dia si Kurus. Hah! Tu dia si Gemuk``. Kata Bapak Amin.
Bapak Amin memandang pada si Kurus tapi si Gemuk yang datang meluru dan memeluknya. Manakala si Kurus bersahaja memandang Bapaknya dan terus bersalam dengan bapak Amir.

``Eh! Amin mari peluk bapak kau. Kau dah lupa ke kat bapak?`` Tanya bapak Amin.
``Pak,Amin kat sinilah. Amin kan dah peluk bapak.`` Kata Amin.
``Eh! Amir.Kau ke.?`` Tanya bapak Amir.
Mereka berdua memandang satu sama lain. Memang ada si Kurus dan si Gemuk tapi mereka dah berubah Amin dah jadi gemuk manakala Amir pula dah jadi kurus. Tapi mereka masih si Gemuk dan si Kurus.

                                             ~~ TAMAT ~~

Friday 8 July 2011

APA YANG ANDA DAPAT LIHAT MELALUI GAMBAR INI...

     Apa khabar kawan2...ermmm..rase bosan la...x de keje nak wat.so,aku upload la gambar nie tuk menguji ketajaman dan kefokusan(my language sdn.bhd) mata aku dan korang mencari gambar lain yang terdapat disebalik gambar nie....kalau korang boleh cari mmg aku tabik ``spring toing2`` r kat korang....hehehehe(ketawa sopan)...anak dara kan...hikhikhik(ketawa manja plak)...
     
    Harap korang dapat mereleasekan tension korang jugak dengan mencari ape yang tersembunyi disebalik gambar nie...w/pon korang mungkin akan rase agak geram tahap gabang kalu korang x jumpa ape yg terdapat dlm gambar nie...waaaaaaaaaaaaaaaa........
























ade ape plak dlm gambar MONA LISA  nie...??







gambar kat ats nie ade 18 muka org semua nyer...korang cari la...hav try..!!..kalau korang jumpa mmg tajam r mata korang coz aku cari x jumpa pon 18 muka tue...tension btul...huh!!




rase pusing2 x kpla hotak korang dgn melihat gambar nie..?...ahaks..:)










kuda jer ker dlm gmbr nie...???




how much people in this picture..try find n count la...




berapa muka org dlm gambar nie plak..?




selain bunga ape yg korang lihat melalui gambar nie...?





yang nie satu agi gmbr yg wat kpla hotak aku pening..adoyaii..



pokok ker...?







p/s : kalau korang x jumpa apekebenda yang tersembunyi dlm gambar nie jgn plak korang hentak2 plak laptop atau pon pc korang...x pasal2 kena beli yang baru...hahahahahahaha....SELAMAT MAJU JAYA...!!!

Thursday 7 July 2011

SIMPLE TO REMEMBER

Assalamualaikum kwn2 semua.....


kat cni ade sedikit ilmu yg nak dikongsi dgn korang semua...nie je yg mampu dikongsi...




































semoga apa yang dibaca nie boleh digunakan semasa korang bekerja nanti...
GOOD LUCK....:)